Friday, 30 March 2012
Monday, 26 March 2012
Yes means YES!
First of all I Want to opologize Along because of my naughty last night.I'm so sorry.I did'nt meant that but oh no..I delivered the message =P
I know it's hard to you to believe me but when I said yes means YES!
I guess if he love you,he will call you...difference sooner or later...am I right or not???hehehe.
Lastly,he called you a bit later but he still give you a call right?
fuhH!I'm take a deep breath.Now,you do not anger with me anymore right.hehehehe...
sorry again...
"my principle if I said yes that means YES,
If I said no that means No."
so,beware.hahahaha
p/s :saja je nak cakap omputeh.Rindu kelas bi la...huhuhu.Saya tak suka orang main tarik tali.sebab tu Si Gary dan Along jadi mangsa.psst..jangan lepas ni B saya jadi mangsa korang lak.B dah terang semua perkara.Dan itu pilihan saya.Terima Kasih.

Friday, 23 March 2012
s0ry,I already have a boyfriend
hahaha...cam poyo tak ayat tu...?dengaq kat abang aku abes la aku...shhhHHH,jangan cerita kat abang aku tau.Hehehehe...haluuuu...saya dah besaq ok?so,boleh kan aku ada pak we...
cerita dia begini.Aku jumpa kekasihku di jalan yang berliku.Di Sri Serdang (SS).Sebab simpati aku terima.Cinta boleh dipupuk kan?sayang boleh dibaja.So,aku x yah la risau apa-apa.Boleh ka macam tu...?hmm,tepuk dada tanya minda,soal hati ikut jiwa ;)
Ku tempuh pelbagai halangan sebelum aku jumpa Si Dia.Mula-mula naik bas dari kolej turun kat depan fakulti aku,FBMK.Lepas tu jalan kaki ke gate dekat dengan masjid.Alamak!pintu kunci.Nampak gaya kena panjat pagar la.Fuh,hilang keayuan cek,hahahaha...(dik,gelak sopan cikit.nanti xdak orang masuk minang).Pedulik apa dong...janji aku boleh sampai SS.hmm...aku ngan Ecah lompat parit la.Gayat gak la.Tapi bes.Hidup perlu ada cabaran.Jalan,jalan,dan jalan aku terjumpa kata-kata nie.Menarik,aku ambil la.
"some say the sky is the limit,but when you believe,you can go beyond that."(Mejar (Dr) Faiz Khaleed,Angkasawan Negara.)
lagi la semangat bila terbaca benda tu.
yuhuuuuU...
nie la boypren aku
ensem kan?
mesti larh...tapi x syok 1 ja.kaler dia.aku x suka biru der.Merah xdak..aku malas nak p laen dah.so aku amek ja la...pelik la aku pakai biru.aku suka b0y jambu.hahaha..tetiba ja kan mention kat cinie...bkn jambu la.Macho anak buah aku cakap.Bawu banyak awek...(ni yg buat mak cik dia rasa nak fly ja p kat sana)tapi,dnt worry,saya percaya kat Awak.Ada jodoh ada la.kalu x dak biar hati aku ikhlas terima semua tu.
bes sangat2 bila dapat gerek nie.WaaaA,rasa 1 UPM aku nak round.tapi sebelum naek bukit tinggi nak balik kolej aku tu la.Dah lepas rasa cam x nak gerek nie..."kita g bukit ekspo dah la"hahaha..Ecah yang cakap.Aku x jugak kan..
macam-macam dugaan betoi la.Rantai basikal Ecah jatuh la.Aku mna la reti baiki basikal nie...haru beb.Risau r tkot kena tolak gerek ni.Jauh lagi kolej aku.tapi Allah tu Maha Memahami,Maha Penyayang,Maha Pemurah.Dia hantarkan seseorang yang nak g solat jumaat utk buh rantai gerek ecah.Parking punya la byk lagi kat depan sana tu tapi dia boleh lak nak parking keta dia kat tempat kami berhenti tu.Terima Kasih Awak!
Cabaran betoi la kayuh basikal nie.tapi aku suka.terlalu suka.Aku sukakan cabaran.Bawu hidup ni kita x buat benda yang sama hari-hari.Hari nie aku tersedar yang aku nie terlalu cepat boring.Mintak2 aku x boring la dengan keja aku nanti.kalau x abes la asyik nak tukar keja ja hari2.hehehehe...pssst...Cinta x ok?saya setia.I.Allah.
ok lah,jumpa lagi...
usha2 la basikal ecah nie....
(yang Ecah cantik.huhuhuhu)

Wednesday, 21 March 2012
Dilema
Petang itu Tasik Bandar Darul Aman sangat meriah.Banyak keluarga datang berkunjung ke taman rekreasi itu.Termasuklah diriku.Mungkin mereka ingin meluangkan masa bersama-sama keluarga setelah seharian penat bekerja.Aku lihat kanak-kanak kecil berlari riang.Ada yang bermain layang-layang,ada yang bermain basikal,ada yang bermain gelongsor dan pelbagai jenis permainan lagi.Macam-macam aksi dan ragam mereka boleh aku lihat di sini.Sungguh bahagia rasanya menjadi kanak-kanak.Bebas daripada masalah.Kakiku melangkah perlahan menuju ke bangku panjang yang diletakkan di tepi tasik itu.Aku duduk di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut badanku.Nyaman rasanya. Rasanya di situ best view untuk aku melihat keindahan ciptaan Tuhan.
“Awak suka kawan dengan saya?”Tanya Shila kepadaku pada suatu petang ketika aku keluar minum bersamanya.Shila,seorang gadis yang aku akui sungguh cantik orangnya.Kecil molek tubuhnya.Tidak hairanlah jika dia mempunyai banyak peminat tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.Jika melihatnya pasti akan tertarik.Aku mengenalinya ketika aku dan dia sama-sama belajar di tempat yang sama dahulu.Sejak pertanyaan itulah aku dan dia semakin bertambah rapat.Tambahan pula,dia menyambung pengajian di tempat aku bekerja.Semua perkara dia kongsi denganku.Semua rahsianya dia ceritakan kepadaku termasuklah dengan siapa dia berkawan.Ibu bapanya juga mengenaliku dan meminta aku menjaganya.Maklumlah anak perempuan mereka duduk jauh daripada mereka.Tentulah perasaan orang tua berasa risau dan bimbang.
Ketika itu,aku mempunyai seorang kekasih yang bernama Muna.Dia empat tahun tua dariku.Aku dan Muna mula menjalin hubungan serius setelah tiga tahun kami menjadi kawan.Keluargaku tidak menghalang hubungan kami kerana tahu kami hanya sekadar berkawan.Lama-kelamaan hubungan aku dan Muna mula menjadi renggang.Perasaan cinta aku terhadap dia semakin pudar dan dia turut merasai perkara yang sama. Kehadiran Shila sedikit sebanyak mengubat perasaan sunyiku.Perhatian dan kasih sayangku mula beralih arah kepada Shila.Aku bahagia bersamanya.
Namun,kebahagian itu tidak kekal lama.Semuanya gara-gara Erin,kenalan Shila yang menghantar mesej berbaur cinta kepada Shila.Ketika itu,aku memegang telefon bimbit Shila ketika dia pergi ke toilet.Sudah menjadi kebiasaan aku untuk membuka dan membelek setiap perkara dalam handphonenya.Tetapi hari itu aku diduga dengan perkara sedemikian.Aku cuba menegurnya kerana bercinta dengan kaum sejenis.Dia menafikannya dengan mengatakan bahawa Erin dan dia sebagai kawan sahaja.Tidak lebih daripada itu.
Sejak itu,dia mula menjauhkan diri daripadaku.Aku cuba menghubunginya.Puas dipujuk oleh kawan-kawannya tetapi hampa.Dia tidak mahu menjawab panggilanku apatah lagi membalas mesejku.Sungguh aku rasa sangat kecewa.Tidak aku sangka sampai begini sekali rajuknya.Mungkin dia kecil hati denganku tapi tidak mungkin kerana ketika itu dia tidak menunjukkan sebarang reaksi sama ada marah atau bengang dengan teguranku dahulu.Ahhhh...hati wanita susah untuk diduga.Bisik hati kecilku.
Jun lalu,Shila menghadiri majlis perkahwinan abangku.Langit tak selamanya mendung.Begitu jualah dengan diriku.Hatiku berbunga riang apabila Shila meluahkan perasaannya terhadapku.Aku akui aku menyimpan perasaan terhadapnya tetapi memikirkan aku mempunyai Muna aku diamkan dahulu perasaan itu.Hubungan aku dengan Muna semakin keruh menyebabkan aku menerima cinta Shila.
Setelah tiga bulan menjalinkan hubungan cinta,Shila berterus terang kepadaku mengenai kisah silamnya.Sikapnya yang jujur dan sanggup berterus terang denganku membuatkan aku menerimanya dengan sepenuh hati.Dengan Muna aku berterus terang bahawa aku tidak boleh lagi meneruskan perhubungan kami kerana aku dan dirinya tidak lagi sehaluan.Susah untuk menjernihkan kembali hubungan yang telah keruh.Muna menerima keputusanku dengan hati yang rela dan menganggap kami tidak mempunyai jodoh.
Walaupun aku menerima Shila tetapi aku masih dihantui dengan kisah silamnya.Kadang-kadang aku merasakan keputusan aku berpisah dengan Muna bukan satu keputusan yang tepat.Aku berasa bersalah kepadanya.Oleh itu,sebaik sahaja aku mendapat tawaran kerja di luar negara aku terus menerimanya.Ketika di sana hati aku kuat mengatakan aku cinta Shila tetapi apabila dikenang kisah silamnya membuatkan aku berfikir lebih daripada dua kali.Mengenangkan Muna membuatkan hatiku bercampur baur dan rasa.
Pap!Satu tamparan hinggap di bahuku. “Amboi,Muaz...Jauh hang melamun.Apa yang hang dok pikiaq tu?”
“Eh,hang ka Ali?Buat aku terkejut ja...”.Aku hanya mampu tersenyum kepada Ali,rakan sepermainan ketika aku kanak-kanak.
Sunday, 18 March 2012
Friday, 16 March 2012
Penantian
Pandanglah bulan
Lihatlah bintang
Biar bulan bicara
Biar bintang mengiyakan
Penantian itu
Suatu penyeksaan.
Qaseh Kaisara
16.03.2012
Lihatlah bintang
Biar bulan bicara
Biar bintang mengiyakan
Penantian itu
Suatu penyeksaan.
Qaseh Kaisara
16.03.2012
Thursday, 15 March 2012
Satu persoalan
Gadis itu
Menundukkan wajahnya
Dikuis pasir di kakinya
Dalam hati ia bertanya
Adakah yang jauh masih setia?
DKAP C-2 UPM
15.03.2012
Menundukkan wajahnya
Dikuis pasir di kakinya
Dalam hati ia bertanya
Adakah yang jauh masih setia?
DKAP C-2 UPM
15.03.2012
Dirang
Dia
Insan yang tak mengerti apa-apa
Raut wajah itu
Ayu dan manis
Namun,kelincahannya diragut
Gara-gara insan tak berhati perut.
Qaseh Kaisara
15.03.2012
~al-Fatihah buat adik Nadhirah~
Suatu Rasa
Petang yang damai
Ku duduk di tasik itu
Melihat anak ikan berlari riang
Suatu rasa terbit di hatiku
Suatu rasa yang membuat
Aku ingin pulang
Qaseh Kaisara
15.03.2012
Wednesday, 14 March 2012
Jangan Mudah
Jangan mudah suka
Jangan mudah sayang
Jangan mudah jatuh hati
Jangan mudah percaya pada mata
kerana suatu masa
Mutiara jernih
Akan mengalir lesu di wajahmu
Qaseh kaisara
13.03.2012
Bilik Hamka,FBMK
Jangan mudah sayang
Jangan mudah jatuh hati
Jangan mudah percaya pada mata
kerana suatu masa
Mutiara jernih
Akan mengalir lesu di wajahmu
Qaseh kaisara
13.03.2012
Bilik Hamka,FBMK
Monday, 12 March 2012
Cinta
Setelah beratus batu
perjalanan
tiba di suatu teduhan lalu berhenti
Namun tatkala tirai kubuka
Di dalam tandu
Rupa-rupanya kau tiada
perjalanan
tiba di suatu teduhan lalu berhenti
Namun tatkala tirai kubuka
Di dalam tandu
Rupa-rupanya kau tiada
Jebat
Jikalau kau dilahirkan kembali
Entahkan esok entahkan lusa
Bisikku padamu
Agar kau
Tidak derhaka lagi
Qaseh kaisara
08.03.2012
Entahkan esok entahkan lusa
Bisikku padamu
Agar kau
Tidak derhaka lagi
Qaseh kaisara
08.03.2012
ibu
Ibu inilah kasihku
buatmu
umpama kilauan permata
~miss my mum~
ayaq tu tak kering lagi ka?hahaha...ni la ayat mak aku bila aku mandi terlalu lama.
buatmu
umpama kilauan permata
~miss my mum~
ayaq tu tak kering lagi ka?hahaha...ni la ayat mak aku bila aku mandi terlalu lama.
Thursday, 8 March 2012
Jendela Hati
Jangan gelak ok?Ni percubaan pertama aku mencipta sajak.Tak tau sama ada karya ini boleh dipanggil sajak atau tak.Tapi aku peduli apa?Hentam ja... ;J
Mari,
Bersimpuh di sisiku
Ku punya puisi
Untukmu...
Ketika orang lain
Pergi meninggalkanmu
Ketika orang lain
Ketawa akanmu
Ketika orang lain memperkecilkan
Kebolehanmu
Jangan lupa
Aku masih di situ
Menyokongmu di sebalik jendela hati
If you can imagine it, you can achieve it. If you can dream it, you can become it. – William Arthur Ward

Saturday, 3 March 2012
A letter of Love
A letter of love
Salam semua.Aku namakan post kali ini sebagai a letter of love.Apa yg akan aku ceritakan dalam post a letter of love adalah berkenaan apa yang aku belajar dalam usrah.Oleh itu,aku akan menulis setelah aku diusrahkan oleh kakak naqibah aku,kak zu.Insan yang dijadikan oleh Allah untuk menjadi perantaraan antara aku dan DIA.
Hari ini aku belajar tentang ayat 186 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Ya,Allah berada sangat dekat ngan kita berbanding dengan orang kita rasa dirinya sudah terlalu dengan dengan kita.Tapi Allah lagi dekat.Lagi dekat.
Apabila kita ditimpa musibah anggaplah itu satu ujian dariNya untuk kita.DIA menguji kita dengan pelbagai cara.Sama ada senang atau susah.Setiap hari kita diuji untuk mengukur sejauh mana kita cinta kepadaNya,cinta kepada kekasihNya,Nabi akhir zaman,Muhammad SAW.
Usrah malam ni betul-betul memberi makna kepadaku.Kenapa aku perlu sedih?kenapa aku perlu takut?kenapa aku perlu takut dengan masa depan?kenapa aku perlu takut,takut akan kehilangan orang yang aku sayang?takut orang yang aku rindu x ingat aku lagi?Jawapannya:Allah sedang menguji aku untuk melihat sejauh mana aku boleh bersabar.
Firman Allah :
Mintalah kepadaKu,nescaya Aku akan memperkenankan permintaanmu.
Doa senjata orang mukmin.Mintalah kepadaNya.Dia akan makbulkan doamu dalam pelbagai cara.Kadang-kadang kita x sedar doa kita telah dimakbulkan.Sebab kita manusia yang mudah lupa.Kita ingat kepadaNya apabila kita berada dalam kesusahan dan kita lupa kepadaNya apabila kita di beri kesenangan.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa doa kita lambat dimakbulkan...jawapannya
“Allah rindu untuk mendengar suara kita mengadu padaNya”
Oleh itu,janganlah sesekali berputus harap denganNya.Jangan pernah berhenti berdoa kerana doa itu boleh mengubah segala-galanya.Allah itu Maha Penyayang.Dia tidak akan menzalimi hambanya melainkan hambaNya itu menzalimi dirinya sendiri.
Aku hambanya yang lemah.Yang baik itu datang dari Allah.Yang buruk itu dari diri aku sendiri.Andai diri ini tersalah,tolong betulkan langkah aku supaya kita boleh sama-sama jalan beriringan menuju jalan yang diredhaiNya.
Hati kita akan mati jika kita tidak mengisinya dengan ilmu.Ibarat ikan di lautan seribu tahun hidup di air masin namun air masin itu tidak meresap ke dalam badannya tetapi apabila dia sudah mati sangat mudah masin garam itu meresap ke dalam isinya.Macam itu jugalah hati kita.Apabila dia mati,pelbagai anasir jahat akan mudah menyerangnya.
Sekarang aku sudah boleh tersenyum.Sabar itu indah kan awak.InsyaAllah,jika dia jodoh kamu,dia akan datang semula.Jika sebaliknya berlaku maka redhakanlah hatimu dengan setiap ketentuanNya.Allah x bagi apa yang kita nak,tapi dia bagi apa yang kita perlu.
Saya sayang awak kerana Allah.Oleh itu,saya relakan perpisahan ini demi sebuah perjuangan...

apa khabar jodohku?
Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….
Friday, 2 March 2012
saat itu pasti akan tiba...
wahai wanita solehah
jangan dirisau akan jodohmu
kerana Muslimin yang bijaksana itu
Tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan
senyuman,bicara manis yang menggoda
atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya
sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita
andai belum sampai juga rezekimu,
anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu
sedang membina sahsiah
kepimpinannya bagi memimpin dirimu
kerana wanita itu pasti ada kekurangannya
dan lelaki yang benar-benar layak
pasti hadir
untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu

Subscribe to:
Posts (Atom)